11 Januari 2009

Bangsa yang Hilang...

Murah....

Bukan mudah untuk aku muntahkan kata itu, kerana apa yang aku cemuhkan adalah refleksi yang terus pada diri aku sendiri...Refleksi dari cermin asalan aku...Asal usul aku...Tak pernah aku bangga mencanangkan hodohnya rumpun tamadun aku...Bukan aku sengaja menerjang tanpa usul jika banyak justifikasi pada pampangan medium informasi...Aku cuma simpulkan mesej-mesej percuma yang kalian tontonkan pada sekelilingan aku...Segala yang telah aku rekod dalam minda dan pada observasi visual aku selama bertahun nafas percuma kurniaan Tuhan ini masih disubsidikan untuk aku...

Apa signifikannya kewujudan aku di bumi Nusantara ini??dan apa signifikannya aku berbangsa seperti kau, kau dan kau??dan apa signifikannya status bangsa pada borang pendaftaran kewarganegaraan?? Jika apa yang tinggal hanya satu perkataan atau tulisan yang tak bermaksud apa-apa...tak memiliki rasa apa-apa...dan dak mempunyai identiti apa-apa...Runtuhnya tamadun itu jika hilang budayanya dan hilang pegangannya...tak pernah kita tanya kenapa indonesia mengaplikasikan asimilasi budaya pada seluruh rakyatnya??tak pernah kita fikir kenapa kita di bawah payungan perlembangaan bangsa barat dan bukan dari tuan asal kita??dan lupakah kita pada keagungan pentadbiran bangsa kita mengawal pentas perdagangan Asia seperti mana China, India dan Asia Barat??sekarang??lupus terus nama dari catatan dunia??tiada kepentingan??

Kenapa hilang??
siapa yang gadaikan nama yang disegani dahulu??bagaimana tumpulnya mata keris kita dahulu??mana lenyapnya status lingua-franca bahasa kita??prinsip kita??adat kita???santun kita??tertib kita???hormat kita??polisi kita??seni kita??ketegasan kita???hak kita??

Murah kita gadaikan...untuk darjat...untuk harta...untuk hibur...

Aku kian rasa seperti tak ada apa untuk dibanggakan lagi...kerana kalam itu hanya kosong tanpa isi...murah bangsa ini dijajah ideologi sesat...murah bangsa ini berbunuh sesama sendiri...murah bangsa ini digadai kehormatan meraka...murah bangsa ini memakan hak bangsa sendiri...murah bangsa ini dirasuk kegilaan materi...murah bangsa ini mendaftarkan nama ke pusat pemulihan...
apa lagi yang aku perlu banggakan??pada yang telah lompong...yang tinggal hanya kulat parasit...memakan yang lompong itu biar kosong...

Murah...

4 ulasan:

  1. maksud nye ade..
    message nye ade..
    mendalam..
    ade betulnyeh..
    aku stuju..

    BalasPadam
  2. aku menulis dari pemerhatian aku...
    jika ada betulnya...
    aku harap kita sama2 ubah...

    BalasPadam
  3. Perubahan memerlukan masa. Makin mahu perubahan, makin cepat datangnya. Tetapi, tidak semua mahukannyer. Tidak semua bangga dengan bangsa sendiri. Semua sibuk mempernaikkan nama bangsa lain. Semua sibuk melarikan diri dari bangsa sendiri. Mereka tidak membantu menaikkan nama dan martabat bangsa, sebaliknya mereka lari meninggalkannya kerna mereka tidak mahu berusaha. Kerna mereka malu

    BalasPadam
  4. jadi...kita tak perlu jadi eskapis seperti mereka...jika sedar itu jujur milik kita...pasti kita akan usahakan sesuatu...perlukah kita ikut suara ramai??sedang kita tahu semua itu hanya satu eksploitasi murahan??bila mahu mula jika kita hanya menunggu sang bulan menyorotkan cahaya ingin pada hati kita??siapa mahu mula jika masih tunding jari jemari pada salah yang tak ditegurkan??jujurkan hati jika kita mahu...itu aksi yang lebih signifikannya isinya...

    BalasPadam