29 Mei 2009

Epilog Si Pemburu...

bawa aku laras itu!
terus menyasar gagak tersasar

kelongsongan menghujan darat
sehujan lerai peluh-peluh
berteguk rindu-rindu dendam
apa yang aku pendam-pendam?
unggas selerak menahan terbang

mengharap tumbuh sayap-sayap percuma
bagian sang cenderawasih?
menjadi pemburu mimpi?
atau pemburu bermimpi?

2 ulasan:

  1. Jangan letih memburu
    Jangan juga meletihkan orang bila berburu.
    Bila berburu, kaki tetap pijak di tanah, jgn jejak di bahu orang.

    Biar lenjun tubuh dengan keringat. Kerana manisnya akan terasa bila kelak diteguk atas garis penamat larian

    BalasPadam
  2. si pemburu mimpi atau si pemburu leka bermimpi?
    :)

    BalasPadam