08 Mei 2009

Natural...

sungguh siulan angin tiada bermelodi jujur tanpa menumpang gerak getar rapat jisim dedaun...
ironi untuk menanti saat henti deras jeram menghujam batu-batu...
membentuk riak sirna pada refleksi pantul cahya suria suram...
biarkan saja unggas-unggas itu mematuk ritma pada kayan-kayan...
juga desingan serangga-serangga...
jerit-jerit sang ungka...
memberitahu keberadaan mereka dari kebahayaan pemangsa...
saat suria pergi membesuk pagi barat...
harmoni alam itu bersatu mengukir gemersik orkes natural menghias mega-mega...

3 ulasan:

  1. tinggi sungguh bahasa anda,, kagum!!

    BalasPadam
  2. satu benda aku terprasan pasal penulisan kau, apa jua yg kau hikayatkan, tetap tak lari halanya tentang cahaya.

    BalasPadam
  3. kerana cahaya adalah harapan...
    kerana harapan adalah kejujuran..
    kerana kejujuran adalah keharmonian...

    :)

    BalasPadam