mungkin apa yang kau sedang lihat ini dianggap gurauan atau jenaka murah bagi sesetengah pihak. hakikatnya isu ini adalah isu yang perlu kita ambil serius! mungkin kau lebih selesa meremehkan hal ini, persetankan teriakan percuma mereka, dan terus sambung menonton sinetron seberang sambil menanti waktu berbuka puasa meskipun segelintir ramai antara kita tak berpuasa dengan alasan tak sempat bersahur.
adakah kau rasa ini adalah cuma api-api sementara?setelah lebih setengah abad isu dari kelahiran soekarno ini sunyi, mengapa tiba-tiba kembali panas?atau kau masih rasa ini adalah sebahagian dari plot-plot sinetron yang kau tonton dan mengharapkan sang peri-peri datang membantu kau?isu antara negara adalah bukan perkara main-main. cukupkah sekadar maki-maki murah yang kau lempar dalam blog dan di kedai-kedai kopi?mana daulat yang kau bising-bisingkan bulan lepas?mana kuasa diraja, perlembagaan, kerajaan dan lain?masih manggu seperti rakyat-rakyat yang sedia manggu?
jika kau sanggup berparang dengan kawan kerana ideologi politik. jika kau sanggup putus sahabat kerana dia memangkah parti politik bukan sealir kau. jika kau sanggup pukul orang sebangsa seagama kau kerana taksub pada politik kotor. mana perginya darah-darah jantan kau sekarang?takkan cuma berpuas hati jadi jaguh kampung dan sogokan wang kopi saja?takkan sudah pudar suara lantang tok, nenek, pakcik-pakcik kita pada 1962?mana kebijaksanaan pemikir-pemikir negara maju ini?sunyi...
memang bermula dgn isu-isu remeh. isu lagu dan tarian, isu rumah tangga anak sultan, isu 'kekejaman' majikan. mereka akan cuba bangkitkan isu-isu ini sehingga besar. sedia kita maklum dengan jiran kita yang satu ini. mereka adalah saudara rapat kita, yang salasilah keluarga kita dan dia memang tiada hujungnya. secara teknikalnya kita adalah dari bangsa yang sama rumpunya. cuma dipisah oleh negara, ideologi dan agenda politisi. seharuskan sang saudara-saudara itu haruslah membantu sesama mereka. mungkin faktor cuaca dan demografik di sana mempengaruhi darah panas mereka. dan kita. faktor musim hujan memang terbukti melembabkan otak kita.
aku cuma picis kecil yang bersuara kecil. yang cuba membakar sedar panglima-panglima besar di luar sana. maruah kita yang ke-52 tahun kau laungkan itu jangan cuma omongan percuma. takkan semangat dah terhakis dengan berat kalori-kalori makanan segera barat?atau sudah tergoda dengan pelakon-pelakon solekan tebal sinetron?terpulang.
p/s: aku masih mengalunkan musik2 keroncong kerana aku bukan prejudis. seni budaya warisan adalah suatu yang perlu diapresiasi bersama. jangan biarkan sang politisi memanipulasi seni kita bersama utk kepentingan mereka-mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan