06 Julai 2010

Rotasi Hari Si Makan Gaji

Ashraf Fernando mengerdip-ngerdip kelopak mata. Vibrasi telefon mudah alih miliknya seakan menggoncang katil. Tangan kirinya teraba-raba mencari telefon yang sudah mula berlagu. Jumpa. Mata dibuka sikit-sikit. Jam 6 pagi. Jari terus memicit-micit butang pada telefon tersebut. 'Alarm' dimatikan. Langsung melayan sejuk pagi.

"Dah azan dah tu! Bangun!", Maksom Jamilah menjerit nyaring. Telinga Ashraf Fernando sedikit pedih. Dia mengalih posisi menekup bantal di muka.

"Bangun! Dah pukul 6.45! Kau tak kerja ke?? Nak berenti kerja? Atau dah berjuta duit dalam bank?!", herdik Maksom Jamilah seperti orang politik memaki hamun parti lawan. Ashraf Fernando bangkit dari katil. Mengeluh.

Ashraf Fernando bersiap ke tempat kerja. Rambut disisir kemas kebelakang. Tali leher dijerut rapi. Perfum Gucci disembur sikit-sikit di sekitar badan. Bagasi sandang yang sudah dua tahun menjadi temannya ke ofis disambar lemah.

"Haih..bila la nak gaji ni..", getus Ashraf Fernando perlahan. Mengeluh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan