03 Julai 2011

Pasungan

Kala kemunafikan meraja.
Mana cakna yang mendokong?
Si pendokong yang cuma mahu terus didokong?
Merakus tubuh-tubuh kurus yang kian menulang.
Pemangsa-pemangsa pasca-madani membinasa.

Berterus, seperti merasa aku mencela diri.
Membius mati raga.

Dan cerita sangka-kala itu bukan cuma mimpi-mimpi.

1 ulasan:

  1. Memang benar lah cerita sangka kala itu bukan mimpi.sudah pernah terjadi pada umat2 yang dulu.kerana kemunafikan mereka..sekarang hal yang serupa. Jahiliyyah sudah menerobos ke dalam darah daging umat yang bersyahadah. Lalu membawa mereka ke dalam lubang perhambaan yang lebih teruk dari zaman purba kala.

    BalasPadam