Umum kita sedar akan wujudnya satu hari perayaan pada pertengahan bulan dua tahun Masihi (Februari) yang sering dinantikan dan disambut oleh rata-rata penduduk dunia. Bumi kita juga tidak terkecuali dalam fahaman sambutan hari yang secara halusnya mempromosikan satu budaya yang sedia maklum kontras dari hukum Islam dan secara terang sambutan hari itu ditolak oleh para ulama Islam.
Secara kasarnya fahaman kita terhadap hari Valentine ini dikhususkan untuk sang kekasih-kekasih kononnya memperingati kebesaran cinta mereka-mereka. Hasil akhir kita akan dapati pada hari sambutan itu majoritinya akan komited dengan jenayah maksiat yang sekian membawa kepada zina. Secara total ini terlalu bercanggah dengan garis-garis pandu Islam.
Meski umumnya kita sedia maklum akan implikasi sambutan hari maksiat ini. Namun, ramai masih beralasan dan menolak kecanggahannya tanpa fakta konkrit. Untuk itu lebih elok ditelah sendiri kaji apakah itu hari Valentine, sejarahnya, relevannya, dan hukumnya pada syariat Islam.
Sumber dari History.com ini menyatakan secara terus sambutan hari Valentine ini adalah sambutan tradisi kuno Kristian dan Rom. Terdapat pelbagai variasi pendapat mengenai asalnya sambutan hari Valentine. Kebanyakan pendapat berasaskan unsur ritual keagamaan dan ada juga mengenai pengorbanan terhadap agama (martyr) dan sebagainya. Rata-rata tidak relevan dengan sejarah dan pendirian Islam.
Seperti diceritakan satu lagenda pada abad ketiga Rom berkenaan seorang paderi St. Valentine semasa pemerintahan kerajaan Cladius II. St. Valentine yang menentang raja Cladius II dengan meluluskan perkahwinan untuk pecinta-pecinta muda secara sulit yang pada ketika itu dilarang oleh raja Cladius II atas alasan pemuda Rom tidak dibenarkan berkahwin muda kerana perlu komit menjadi askar Rom yang berkualiti. St. Valentine ditangakap dan dihukum gantung pada tanggal 14 Februari 269 Masihi.
Juga terdapat versi cerita brbeza ketika pemerintahan Cladius II, kerajaan Rom lebih cenderung menyembah dewa-dewi dan menolak ajaran Kristian. Dengan itu para mubaligh dan penganut kristian dipenjarakan dan disiksa. St. Valentine yang turut dipenjara menyebarkan agama Kristian pada banduan-banduan dana membantu mereka melarikan diri dari penjara itu. Akibat dari itu Valentine disiksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari. Maka 14 Februari diambil hari memperingati pengorbanan St. Valentine terhadap agamanya.
Selain itu masih terdapat pendapat-pendapat lain berkenaan sambutan hari valentine. Satu daripadanya adalah Lupercalia iaitu berkaitan dengan ritual kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian. Ia adalah upacara penyucian diri berlangsung dari 13 Februari sehingga 18 Februari yang berkenaan penyembahan dewi cinta Juno Februata. Upacara enam hari ini berlangsung dengan beberapa ritual seperti seks bebas, korban anjing dan kambing, perarakan dan sebagainya.
Terdapat juga pendapat mengenai Hari Valentine diraikan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492 dan St. Valentine merupakan individu penting dalam kejatuhan itu. Kerana itu St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Dari kajian sejarah-sejarah tersebut membuktikan bahawa sambutan hari Valentine bercanggahan dengan hukum Islam kerana ia berkaitan dengan ritual keagamaan. Seperti tertulis dalam hadis tentang larangan baginda tentang meniru budaya orang bukan Islam, sabda Rasulullah SAW:
Juga ditegaskan dalam firman Allah SWT : Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (surah al-Hajj: ayat 67)
Ternyata tiada tertulis di dalam al-Quran mahupun hadis mengenai umat Islam perlu menyambut perayaan Valentine. Malah perbuatan menyambut perayaan-perayaan yang tidak relevan dengan umat Islam adalah perbuatan golongan yang ingkar kepada Allah SWT. bermaksud umat Islam perlu melimitkan pembudayaan sambutan perayaan yang berunsur keagamaan selain yang khusus untuk umat Islam. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) dimasa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Seharusnya kita sedar tentang hukum menyambut hari perayaan agama lain seperti hari Valentine adalah haram dan salah kemungkaran dalam Islam. Sheikh al-‘Utsaimin berkata berkenaan hukum menyambut hari Valentine: “Maka dalam merayakan hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
(Nota: sumber artikel didapati dari laman internet dan artikel akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9/2/2009 tulisan Mohd. Yaakub Mohd Yunus bertajuk: Henti sambut Hari Valentine)
Secara kasarnya fahaman kita terhadap hari Valentine ini dikhususkan untuk sang kekasih-kekasih kononnya memperingati kebesaran cinta mereka-mereka. Hasil akhir kita akan dapati pada hari sambutan itu majoritinya akan komited dengan jenayah maksiat yang sekian membawa kepada zina. Secara total ini terlalu bercanggah dengan garis-garis pandu Islam.
Meski umumnya kita sedia maklum akan implikasi sambutan hari maksiat ini. Namun, ramai masih beralasan dan menolak kecanggahannya tanpa fakta konkrit. Untuk itu lebih elok ditelah sendiri kaji apakah itu hari Valentine, sejarahnya, relevannya, dan hukumnya pada syariat Islam.
“The history of Valentine's Day — and its patron saint — is shrouded in mystery. But we do know that February has long been a month of romance. St. Valentine's Day, as we know it today, contains vestiges of both Christian and ancient Roman tradition. So, who was Saint Valentine and how did he become associated with this ancient rite? Today, the Catholic Church recognizes at least three different saints named Valentine or Valentinus, all of whom were martyred.”
(The History of Valentine’s Day, History.com)Sumber dari History.com ini menyatakan secara terus sambutan hari Valentine ini adalah sambutan tradisi kuno Kristian dan Rom. Terdapat pelbagai variasi pendapat mengenai asalnya sambutan hari Valentine. Kebanyakan pendapat berasaskan unsur ritual keagamaan dan ada juga mengenai pengorbanan terhadap agama (martyr) dan sebagainya. Rata-rata tidak relevan dengan sejarah dan pendirian Islam.
Seperti diceritakan satu lagenda pada abad ketiga Rom berkenaan seorang paderi St. Valentine semasa pemerintahan kerajaan Cladius II. St. Valentine yang menentang raja Cladius II dengan meluluskan perkahwinan untuk pecinta-pecinta muda secara sulit yang pada ketika itu dilarang oleh raja Cladius II atas alasan pemuda Rom tidak dibenarkan berkahwin muda kerana perlu komit menjadi askar Rom yang berkualiti. St. Valentine ditangakap dan dihukum gantung pada tanggal 14 Februari 269 Masihi.
Juga terdapat versi cerita brbeza ketika pemerintahan Cladius II, kerajaan Rom lebih cenderung menyembah dewa-dewi dan menolak ajaran Kristian. Dengan itu para mubaligh dan penganut kristian dipenjarakan dan disiksa. St. Valentine yang turut dipenjara menyebarkan agama Kristian pada banduan-banduan dana membantu mereka melarikan diri dari penjara itu. Akibat dari itu Valentine disiksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari. Maka 14 Februari diambil hari memperingati pengorbanan St. Valentine terhadap agamanya.
Selain itu masih terdapat pendapat-pendapat lain berkenaan sambutan hari valentine. Satu daripadanya adalah Lupercalia iaitu berkaitan dengan ritual kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian. Ia adalah upacara penyucian diri berlangsung dari 13 Februari sehingga 18 Februari yang berkenaan penyembahan dewi cinta Juno Februata. Upacara enam hari ini berlangsung dengan beberapa ritual seperti seks bebas, korban anjing dan kambing, perarakan dan sebagainya.
Terdapat juga pendapat mengenai Hari Valentine diraikan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492 dan St. Valentine merupakan individu penting dalam kejatuhan itu. Kerana itu St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Dari kajian sejarah-sejarah tersebut membuktikan bahawa sambutan hari Valentine bercanggahan dengan hukum Islam kerana ia berkaitan dengan ritual keagamaan. Seperti tertulis dalam hadis tentang larangan baginda tentang meniru budaya orang bukan Islam, sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
(Riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)Juga ditegaskan dalam firman Allah SWT : Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (surah al-Hajj: ayat 67)
Ternyata tiada tertulis di dalam al-Quran mahupun hadis mengenai umat Islam perlu menyambut perayaan Valentine. Malah perbuatan menyambut perayaan-perayaan yang tidak relevan dengan umat Islam adalah perbuatan golongan yang ingkar kepada Allah SWT. bermaksud umat Islam perlu melimitkan pembudayaan sambutan perayaan yang berunsur keagamaan selain yang khusus untuk umat Islam. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) dimasa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Seharusnya kita sedar tentang hukum menyambut hari perayaan agama lain seperti hari Valentine adalah haram dan salah kemungkaran dalam Islam. Sheikh al-‘Utsaimin berkata berkenaan hukum menyambut hari Valentine: “Maka dalam merayakan hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
(Nota: sumber artikel didapati dari laman internet dan artikel akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9/2/2009 tulisan Mohd. Yaakub Mohd Yunus bertajuk: Henti sambut Hari Valentine)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan