Maafkan aku Palestine...
Kerana gagal aku menyambut lambai tangan lemahmu...
Tika bedil-bedil keluli menghujam rata tubuh pipihmu...
Tika longlai ratapmu disimbah darah-darah segar anak nusa...
Bukan sengaja aku terlewatkan...
Bukan nawaitu aku untuk mengenepikan...
Kerana aku terlalu leka...
Leka dengan hasutan madani pro-global yang sering merajai akal tipisku...
Bukan ingin aku memandang kesah kamu dengan sekilas...
Cuma aku terlalu alpa dengan atmosfera aman-sentetis tanahku...
Yang sering menggagalkan aku untuk menginjak ruang-sedar aku yang kian kelam..
Membuat aku menjadi cuma penonton setia filem tragis lakonan kamu...
Maafkan aku Palestine...
Kerana gagal komited pada taburan janji-janji percuma aku ...
Untuk melindung kamu yang aku akukan dengan kalam saudara...
Kerana hebat aku hanya pada laung-laung kosong tanpa tindak-aksi sahaja...
Maafkan aku Palestine...
Jujur jauh di sudut naluri kemanusian aku lelah simpati padamu...
Jujur aku akan cuba memapahmu dengan limit energi mampuku...
Biar sedikit paling aku bisa menyeka air mata keringmu...
Maafkan aku ya Palestine...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan