Diam.
Sekian laman ini gersang tanpa kunjung. Dan sekian ruang ini lengang tanpa omong. Mungkin terleka. Terkejar misi basi. Terkejar reputasi duniawi. Terkejar responsibiliti diri. Memaksa akal aku mati dek terhasut radiasi-radiasi klise modenisasi. Layakkah aku beralasan ? Tak klise lah jika aku tak beralasan bukan? Haha.
Sehari, dua-tiga hari ini, seperti aku terindu sesuatu. Seperti naluri aku membentak. Impulsi yang mengalirkan data-data infiniti ke otak aku seolah berontak! Tak stabil frekuensinya. Kacau. Racau. Hilang kawalan. Dan aku memutus mengadakan mesyuarat tergempar dalam diri aku. Monolog. Ya! dan hasilnya, aku menjengah tanah gersang yang sekian lama aku abaikan keperluannya. Dan aku bertulis. Kembali.
Dan aku memasang harap. Akan terus mendorong inspirasi sendiri. Berkongsi komplikasi. Imaginasi. Responsi. Dan terus mencari. Pada hak-hak yang harus aku hambakan diri. Moga tak terhenti lagi. Mungkin. Sampai mati.
lame bro kau tak tulis, keep it up, but kalini try la sajak2 yang ade unsur kerohanian sikit
BalasPadamya. pasti. terima kasih! :)
BalasPadam